fbpx

Farabee suka ‘catwalk’ depan cermin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARABEE mengimpikan untuk menjadi seorang pramugari selain memiliki empayar perniagaan berasaskan kecantikan.

TIADA apa yang lebih diimpikan bagi seorang wanita, selain memiliki kerjaya hebat yang boleh memberi ruang kepadanya untuk mengembara ke seluruh ­dunia.

Bagi Farhana Syazwaniey Razali, 27, dia mengakui kerjaya di awan biru sebagai seorang pramugari merupakan impiannya sejak kecil.

Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, selain bercita-cita menjadi pramugari, dia juga mengimpikan sebuah legasi perniagaan pada masa hadapan.

Ujar anak ketiga daripada enam beradik itu, jika impiannya sebagai usahawan tercapai, dia nekad untuk membantu mereka yang sedang bergelut mencari rezeki ketika musim pandemik ini dengan menawarkan pekerjaan ataupun ruang berniaga.

Lebih selesa disapa sebagai Farabee, wanita ini bagaimanapun tetap berpijak di bumi yang nyata dan mengakui cita-citanya itu terutama untuk menjadi usahawan berjaya masih jauh untuk direalisasikan.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, Farabee berkongsi mengenai impiannya dan latar kehidupannya sebagai anak ibu kota.

Kosmo! Ahad!: Boleh cerita mengenai latar belakang Farabee?
Farabee: Saya berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik iaitu empat lelaki dan dua perempuan.

Apakah kerjaya anda sekarang?
Ketika ini saya bekerja sebagai seorang model dan juga free­lan­cer. Sebenarnya kerjaya saya sekarang ini juga adalah minat ketika kecil sebab saya memang suka ‘catwalk’ di depan cermin dan suka menghias diri. Tetapi kerjaya ini sambilan sahaja.

Apakah kerjaya impian anda?
Sebenarnya saya sudah lama memasang niat untuk menjadi pramugari, namun impian itu belum tertunai. Mungkin bukan rezeki saya lagi, tetapi jika ada peluang, saya akan hadiri temu duga menjadi pramugari.

Selain pramugari, adakah Farabee ada cita-cita lain?
Saya juga minat dalam du­nia perniagaan dan jika diizinkan saya ingin membina sebuah empayar perniagaan berasaskan kecantikan pada masa hadapan.
Pada masa sama, saya ingin berkongsi perniagaan ini dengan mereka­ yang kurang bernasib terutamanya yang terkesan pandemik Covid-19.

FARABEE idam untuk melancong ke seluruh negara.

Bercakap soal pandemik Covid-19, bagaimana anda menguruskan kerjaya semasa musim pandemik?
Sangat terkesan kerana banyak maj­lis dan pertunjukkan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan kerana Covid-19. Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang peragaan. Namun, sejak pembukaan beberapa sektor, ‘job’ makin banyak dan jadual saya kembali padat.

Sejak kerajaan membenarkan rentas negeri dan pembukaan sektor sosial, apakah perkara pertama ada lakukan?
Semestinya pergi bercuti kerana­ saya suka mengembara dan beriadah bersama kawan-kawan. Tempat pertama kami pergi ialah Pulau Tioman.

Boleh berkongsi apakah hobi anda pada masa lapang?
Saya seorang food hunting, pantang dengar atau tahu tempat makan sedap, pasti saya dan rakan-rakan akan terjah. Tak ­kiralah tempat itu jauh atau dekat pasti kami akan sampai. Selain itu, saya juga suka alam semula jadi dan sering berkhemah serta hiking bersama rakan.

Beralih kepada topik vaksin, apakah nasihat anda kepada mereka yang antivaksin?
Nak kata benci, tidaklah tetapi saya tidak suka mereka yang anti­vaksin kerana bagi saya mereka ini suka merisikokan orang lain. Seboleh-bolehnya saya akan mengelak daripada berkawan dengan golongan antivaksin.

Apakah perancangan anda pada masa hadapan?
Saya impikan legasi perniagaan sendiri dan ada produk kecantikan sendiri. Sebab dari kecil sampailah sekarang, memang saya ‘obses’ tentang perkara yang melibatkan kecantikan. Selain itu, saya juga merancang untuk mengembara ke seluruh negara dengan keluarga dan kawan-kawan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI