JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan seorang lelaki berusia 40 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berumur 22 tahun.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pasangan pengantin baharu yang memakai pakaian berwarna unggu itu sedang duduk di lantai.
Pengantin lelaki kemudian melafazkan akad nikah di hadapan kadi sambil disaksikan ahli keluarga serta saudara-mara terdekat mereka.
Dia turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai 100,000 rupiah (RM23) kepada pengantin perempuan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 470,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Cuma 100,000 rupiah? Jangan terima!” kata seorang netizen.
“Beli sarapan di restoran Pagi Sore sahaja sudah habis,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














