fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh JSPT KL di laman Facebook.

Remaja tular ‘wheelie’ sambil bonceng gadis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis menahan dua penunggang motosikal bersama dua pembonceng yang dipercayai terlibat dalam aksi ‘wheelie’ berbahaya di beberapa jalan utama sekitar ibu negara yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berkata, tangkapan dibuat hasil tindakan susulan Unit Risikan/Operasi (RO) JSPT Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.54 pagi tadi.

Menurutnya, tangkapan melibatkan dua penunggang motosikal lelaki serta dua pembonceng perempuan berusia antara 15 hingga 18 tahun.

“Mereka dipercayai terlibat dalam rakaman video tular memaparkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ secara berbahaya di Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan P. Ramlee.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JSPT Kuala Lumpur memandang serius kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Jelasnya, tindakan pengesanan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan berkenaan.

Terdahulu, tular video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ di beberapa lokasi sekitar pusat bandar Kuala Lumpur sehingga mengundang kebimbangan pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN