fbpx

Solskjaer masih kekal pilihan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER masih kekal menjadi pilihan pihak pengurusan United biarpun prestasi pasukan itu berada dalam keadaan tidak stabil ketika ini. – AFP

MANCHESTER – Manchester United mengesahkan bahawa kelab itu masih percaya bahawa pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer mampu untuk membawa pasukan itu meraih kejayaan biarpun kini sedang berdepan tekanan paling hebat ekoran masalah prestasi.

United bakal berdepan Watford pada aksi di Vicarage Road pada Sabtu ini selepas mereka hanya mampu meraih empat mata daripada 18 mata untuk enam perlawanan terakhir selain diaibkan oleh Manchester City dan Liverpool sebelum ini.

Standard aksi yang dipamerkan oleh skuad United ketika ini dipersoalkan ketika mereka dianggap sebagai antara skuad terbaik dimiliki selain kredibiliti Solskjaer menamakan pemain dalam setiap aksi juga turut dipertikai.

Bagaimanapun, masa depan pengurus dari Norway itu dikatakan terus terjamin selepas masih mendapat sokongan ahli lembaga pengarah kelab terutama naib pengerusi mereka, Ed Woodward kerana sebarang perubahan yang berlaku bakal mengakibatkan kesan kepada kewangan mereka.

“Walaupun kedudukan kewangan kelab ketika ini ini me­nunjukkan kami masih memiliki daya tahan menghadapi situasi pandemik, keutamaan kami adalah memburu kejayaan.

“Pengurus, pemain dan setiap orang yang berada di kelab masih memiliki impian besar untuk mencapai sasaran yang diletakkan,” katanya.

United mengumumkan bahawa mereka berjaya meningkatkan keuntungan kelab sebanyak 16 peratus dengan meraih pendapatan £126.5 juta (RM713.68 juta) selepas penonton kembali dibenarkan menyaksikan perlawanan di stadium.Bagaimanapun, kehadiran beberapa pemain baharu musim ini seperti Cristiano Ronaldo, Raphael

Varane, Jadon Sancho dan Tom Heaton menyaksikan peningkatan dalam jumlah pembayaran gaji.

Kehadiran empat pemain tersebut menyaksikan United terpaksa menambah perbelanjaan sekitar £1.3 juta (RM7.33 juta) seminggu tetapi masih kecewa dengan beberapa keputusan perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI