fbpx

Projek LRT Ipoh keperluan untuk masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Cadangan mewujudkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Bandaraya Ipoh merupakan pelan jangka panjang yang digariskan sejajar dengan persediaan pembangunan pada masa hadapan.

Ini kerana Ipoh tidak boleh ketinggalan dengan bandaraya lain di Malaysia yang turut merangka cadangan sama bagi memajukan infrastruktur masing-masing.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, walaupun tidak dilaksanakan dalam masa terdekat tetapi perancangan ke arah itu perlu dilakukan dari sekarang.

Menurut beliau, Ipoh juga bukanlah pekan kecil sebaliknya merupakan bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas George Town di Pulau Pinang.

“Tidak salah untuk Ipoh mempunyai perkhidmatan LRT, malah kita tidak boleh terlalu ketinggalan, jadi kita perlu merancang keperluan masa hadapan.

“Pulau Pinang misalnya telah merancang untuk mempunyai perkhidmatan LRT sejak 2010. Begitu juga bandaraya lain seperti Iskandar Puteri di Johor, Seremban (Negeri Sembilan) dan Melaka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan delegasi Kelab Wartawan Terengganu di Lost World of Tambun di sini semalam.

Perak berhasrat membangunkan sistem pengangkutan LRT di bandar raya ini sebagai usaha mengatasi masalah kesesakan dan menambah baik kemudahan awam pada masa hadapan.

Menurut Draf Rancangan Tempatan Bandar Raya Ipoh 2035 yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), cadangan melibatkan dua laluan dengan masing-masing 16 stesen.

Sebanyak 28 stesen LRT dicadang bakal dibangunkan di Bandar Raya Ipoh dengan jumlah jarak keseluruhan 58 kilometer (km).

Mengulas lanjut kata Rumaizi, projek LRT hanya dibangunkan selepas tahun 2035 iaitu apabila kerja-kerja infrastruktur siap dibina.

Katanya, tempoh 15 tahun menjelang masa itu bukan angka yang panjang, justeru warga Ipoh perlu bersedia untuk menerima kemajuan sistem pengangkutan yang setaraf dengan status bandaraya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI