fbpx

Lari tinggalkan cecair, kartrij vape bernilai RM106,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak-kotak mengandungi cecair dan kartrij vape yang ditinggalkan penyeludup di kawasan pangkalan haram Pasir, Pengkalan Kubor semalam. - FOTO: IHSAN PGA

TUMPAT – Sekumpulan lelaki sanggup meninggalkan cecair dan kartrij vape bernilai RM106,000 yang cuba diseludup ke negara jiran selepas kegiatan mereka dikesan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan pangkalan haram Pasir, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, kumpulan lelaki itu telah bertindak melarikan diri dengan menaiki perahu ke negara jiran selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Menurutnya, pemeriksaan awal di lokasi berkenaan telah menemui kotak-kotak yang mengandungi cecair dan kartrij vape.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, sebanyak 722 botol cecair vape 2,460 kartrij cuba diseludup ke negara jiran.

“Kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Kompeni Taktikal, Kuala Jambu sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI