fbpx
Aisha Retno mengakui boleh berubah menjadi pahlawan andai ada individu atau rakan seperjuangan berdepan buli siber.

‘Saya bukan nak jadi hero, cuma pertahankan kawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GRAF prestasi komposer dan penyanyi, Aishah Retno di arena seni semakin memuncak sebaik namanya disenaraikan sebagai antara tunjang utama pementasan ikonik Puteri Gunung Ledang The Musical.

Layak menggalas karakter utama dalam teater berprestij itu secara tidak langsung menggandakan lagi kredibilitinya sebagai anak seni serba boleh.

Disiplin pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, itu juga bakal terus diuji apabila dalam waktu sama jadual hariannya semakin padat dengan persiapan Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40).

Begitupun, dalam kesibukan memenuhi jadual persembahan serta persediaan menghadapi dua acara mega, Aisha tetap aktif di media sosial melayani penyokong setianya.

Malah menerusi laman interaksi itu, Aisha yang pantang melihat orang dibuli apatah lagi rakan seperjuangan mengakui boleh berubah jadi pahlawan andai ada individu atau rakan seperjuangan berdepan buli siber.

Mengakui berani bersuara demi mempertahankan mangsa, katanya dia tidak gentar jika ketulusan menegur individu yang suka membuat kecaman boleh memberi impak terhadap kerjayanya kerana netizen bijak menilai situasi.

“Saya tahu ada yang cakap tak takut ke kalau ‘back up’ kawan nanti saya pula dikutuk. Sebenarnya kita tegur demi kebaikan agar jangan buli orang lain, bukan suka-suka nak bersuara.

“Jadi saya tak nampak di mana isu jejaskan periuk nasi sendiri terutama ketika saya mempunyai banyak projek baharu. Saya tegur atas dasar setia kawan dan kemanusiaan.

“Apabila nampak benda salah atau menggores hati seseorang, lebih-lebih lagi rakan seperjuangan, kita sebagai rakan industri kena saling menyokong,” katanya kepada HibGlam.

Bukan kalis cacian

Menurut Aisha lagi, segelintir individu yang gemar meninggalkan komen negatif terhadap artis hakikatnya tidak mengetahui perjuangan pihak terbabit untuk bangkit atau bertahan.

“Saya bukan nak jadi hero, saya pertahankan kawan yang saya tahu susahnya nak membina nama. Mereka lalui banyak cabaran getir dan kita tak boleh terus menempelak usaha mereka tanpa mengetahui keadaan sebenar.

“Jika saya yang menjadi mangsa buli siber, saya juga perlukan sokongan agar tidak patah semangat serta untuk saya tahu masih ada insan yang berdiri di belakang saya,” ujarnya.

Pernah berdepan pengalaman sama, tambahnya kekuatan diperoleh untuk mempertahankan orang lain tidak bermakna dirinya sudah kalis caci maki.

Berkat sokongan peminat serta keluarga, hal kutukan mahupun kata-kata negatif di laman maya disifatkan sebagai rencah dalam arena hiburan.

“Mungkin berbunyi agak klise, tapi kita cuba lalui semuanya dengan tenang. Kalau kutukan melampau, kita skip sahaja. Jangan baca.

“Alah bisa, tegal biasa. Walaupun saya boleh dikatakan tak lama dalam industri dan tak juga terlalu baharu, saya cuba bantu setakat termampu,” ulasnya.

Selebriti yang tampil dengan single baharu Diari Cinta itu juga berharap agar pengguna laman sosial menggu­nakan platform ini dengan sebaik-baiknya untuk perkara ber­manfaat.

“Bagi saya media sosial bukan medan toksik, cuma kita sendiri kena memanfaatkan gelanggang maya, bukan menyakiti perasaan orang lain,” tuturnya menutup bicara.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN