fbpx

Kereta dihias dengan sampah gara-gara parkir berlapis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sampah sarap memenuhi sebuah kenderaan.

PETALING JAYA – Satu video memaparkan sebuah kereta ‘dihias’ dengan sampah sarap dipercayai kerana parkir berlapis tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, dilihat kenderaan tersebut telah menghalang kenderaan lain untuk keluar daripada tempat letak kenderaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk di kawasan itu.

Dipercayai kenderaan itu juga ditinggalkan dengan keadaan brek tangan yang tidak dilepaskan menyebabkan kereta itu tidak boleh digerakkan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menganggap itu satu pengajaran buat pemandu tersebut supaya tidak menghalang kenderaan lain.

“Ini semua pengajaran. Mesti dia akan ingat sepanjang hidup dia. Mungkin dia insaf untuk parkir berlapis lagi dan tarik brek tangan,” kata Tom.

“Dulu masa duduk dekat kawasan perumahan Shah Alam, selalu nampak kereta parkir berlapis yang tak tinggalkan nombor telefon kemudian tarik brek tangan ni, tingkap kereta mereka dipecahkan,” kata Diana.

“Tengok macam puas hati, tapi bila fikir semula sampah itu nanti buang di mana? Siapa yang akan kutip?,” soal Sam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI