fbpx
Tangkap layar video memaparkan tujuh orang gadis beraya dengan mengenakan persalinan pengantin yang lengkap.

[VIDEO] Siapa tujuh gadis pakat beraya sakan pakai baju pengantin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tradisi kunjung-mengunjungi sempena Aidilfitri di sebuah kediaman pada Rabu lalu bertukar menjadi ‘kecoh’ apabila para tetamu yang hadir tampil berbeza dengan mengenakan pakaian pengantin.

Malah, para tetamu berkenaan yang terdiri daripada tujuh orang gadis turut dilengkapi aksesori lengkap sedondon dengan persalinan masing-masing.

Menerusi kapsyen pada hantaran video yang dikongsikan oleh butik pengantin @OrkedbyAzuraBohari di media sosial, ketujuh-tujuh pengantin itu sebenarnya merupakan para pekerja di premis berkenaan.

Malah, tema tersebut juga dipilih oleh pemilik butik tersebut disertai dengan tawaran hadiah bagi pemenang pertama, kedua, ketiga, saguhati dan persembahan terbaik.

“Bila kau kerja butik pengantin, raya rumah bos ‘be like’ (seperti berikut),” tulis kapsyen tersebut.

Perkongsian itu meraih perhatian orang ramai yang teruja dengan konsep dikenakan, malah turut memuji usaha majikan mereka yang bijak mengambil hati para pekerjanya.

“Seronoknya kerja butik pengantin. Mesti kahwin bos taja baju kahwin,” ujar @Nek Laa.

“Ni kalau dah jumpa jodoh boleh terus kahwin. Tak payah fikir nak tukar baju,” komen @Hani Elya Izzatie.

“Rasanya saya dah jumpa kerja yang sesuai dengan saya,” kata @Deadddd. – KOSMO! ONLINE

@orkedbyazurabohari POV : BILA KAU KERJA BUTIK PENGANTIN, RAYA RUMAH BOSS BE LIKE…..🤣🤣🤣🤣 Best Kan kerja butik pengantin, Raya X jumpa jodoh lebaran, tp still boleh pakai Baju kawen time lebaran 🤣🤣🤣🤣 Nak sewa baju : 0173771458 #jodohlebaran #songketpengantin #bajupengantin #bajusanding #banting ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN