fbpx
Seorang mangsa terjatuh di dalam lubang dalam kejadian di Ara Damansara. Foto kredit Thread Amirhasri864

‘Bahaya ni, memang kena cepat buat laporan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang mangsa dipercayai remaja perempuan didakwa terjatuh di dalam lubang dalam kejadian di laluan pejalan kaki di Ara Damansara.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Thread Amirhasri864 yang memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan mangsa berada di dalam lubang berkenaan.

Pada gambar itu, kelihatan beberapa individu cuba menyelamatkannya dengan dan mangsa juga berjaya keluar dari lubang tersebut.
“Nasib baik hujan tak lebat lagi. Bahaya ni, MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) tolong ambil maklum. Benda jadi depan mata, lokasi Ara Damansara laluan pejalan kaki,” kata Amirhasri864 pada hantaran itu hari ini.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang meminta pihak berkenaan untuk segera bertindak sekali gus bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang.

“Bahaya ni, memang kena cepat-cepat buat laporan,” kata pengguna Thread Intanfildza.

“Ya Allah, risaunya tengok jadi macam ni. Syukur ada orang perasan. Hati-hatilah yang selalu jalan kaki sendiri. Tolong bagitahu keluarga atau kawan-kawan kerja bila nak gerak ke mana-mana. Hidupkan ‘tracking location’ di telefon bimbit contohnya,” komen Hannisuria.

“Bahayanya, nasib baik ada orang sedar,” kata Jhaaleeza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN