fbpx

54 kes kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / RASUL AZLI SAMAD

PUTRAJAYA – Sebanyak 54 kes kematian Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah kes terkini di seluruh negara sebanyak 29,256 kes.

Data pada laman web CovidNow menunjukkan, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 5,919 kes,” menurut laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (18), Sabah (7), Selangor (7), Pahang (5), Terengganu (4), Johor (3), Kedah (3), Kelantan (3), Perak (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 65,505 kes aktif melibatkan 51,103 kes dikuarantin di rumah, 8,389 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, 5,469 kes di hospital, 264 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 280 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Daripada 4,701 kes harian negara semalam, ia disumbangkan oleh Selangor (1,063 kes), Sabah (569 kes), Sarawak (499 kes), Johor (395 kes), Kelantan (379 kes), Kuala Lumpur (268 kes), Pahang (267 kes), Kedah (232 kes), Pulau Pinang (225 kes), Perak (201 kes), Terengganu (201 kes), Melaka (172 kes), Negeri Sembilan (149 kes), Putrajaya (41 kes), Perlis (30 kes) dan Labuan (10 kes). – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI