fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Gushibil memaparkan sekeping sampul berisi wang ringgit yang dikumpul oleh pelajar tingkatan satu berkenaan.

‘Baru 13 tahun tapi sangat matang, tahniah dik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan pelajar tingkatan satu yang mengumpul sumbangan bersama-sama untuk diberikan kepada rakan sekelas yang baru kematian bapa mendapat pujian daripada orang ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Gushibil, dia memuat naik sekeping gambar yang memaparkan sampul berisi wang ringgit yang telah dikumpul oleh murid-muridnya.

“Masuk kelas, terus ketua kelas bagi sampul dan bagitahu mereka dah kumpul duit satu kelas dengan niat nak beri kepada si A,” katanya.

“Ni kami dah kumpul nak bagi dekat si A, nanti cikgu sampaikan tau,” kata ketua kelas itu kepadanya.

Jelasnya lagi menerusi sebuah tangkap layar perbualan WhatsApp, wang tersebut merupakan hasil kutipan ikhlas daripada semua pelajar kelas 1 Nilam yang kemudiannya digenapkan sedikit olehnya sebelum diserahkan kepada keluarga pelajar yang telah kehilangan bapa itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji didikan ibu bapa serta guru kerana berjaya melahirkan generasi muda yang mempunyai sifat kemanusiaan.

“Baru 13 tahun tapi sangat matang untuk usia mereka. Semoga yang baik-baik untuk anak-anak ini,” kata @Dewikharyawatimk.

“Sangat hormat kat ibu bapa dan cikgu yang dah didik mereka untuk jadi insan yang berguna,” tambah @Aryswrite pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN