fbpx

Penunggang motosikal maut nahas dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan telescopik ram dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis.

TAMPIN – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangi terbabit nahas dengan lori di kilometer 0.8, Jalan Tampin-Seremban, berhampiran stesen minyak Petron, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 malam itu, mangsa, pekerja kilang, Muhammad Dinie Arif Sali, 21, disahkan maut di lokasi kejadian susulan kecederaan parah di bahagian kepala yang digilis tayar lori berkenaan.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas makan malam di sebuah kedai di Tampin ke Bandar Bukit Mahkota, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori jenis Volvo dengan sebuah motorsikal jenis Yamaha Lc135.

“Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku semasa pemandu lori jenis Volvo dalam perjalanan dari Gemas ke Port Klang melalui Jalan Tampin Seremban, sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebuah motorsikal telah keluar dari simpang Stesen Minyak Petron dan melanggar tayar bahagian belakang sebelah kiri lori tersebut.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI