fbpx

Sultan Selangor titah penambahan jumlah jemaah solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya jumlah ketetapan jemaah dinaikkan bagi solat Jumaat di semua masjid dan surau di negeri ini.

Baginda bertitah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, sebagai contoh boleh menerima kehadiran sehingga 3,500 jemaah berbanding 2,000 orang ketika ini.

“Masjid-masjid daerah dinaikkan kepada antara 700 hingga 1,000 jemaah bergantung kepada jumlah kapasiti masing-masing.

“Masjid-masjid Institusi pula ditambah kepada antara 500 hingga 1,200 jemaah, manakala masjid pengurusan antara 400 hingga 700 orang,” titah baginda menerusi Facebook (FB) Selangor Royal Office hari ini.

Titah Sultan Sharafuddin, pertimbangan dan keputusan itu diambil selepas baginda meneliti data terbaharu Covid-19 yang memperlihatkan statistik kematian harian menurun kepada satu digit di Selangor.

“Mengikut statistik sehingga 27 Oktober lalu, jumlah kematian adalah 9,581 orang iaitu separuh daripadanya terdiri daripada orang Melayu beragama Islam.

“Namun, dengan kelonggaran terbaharu ini, jemaah diingatkan mengambil serius dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika beribadat di masjid,” titah baginda. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI