fbpx
Bot yang dijadikan stor minuman keras di Jeti Tok Penghulu, Sungai Semerak dekat Tok Bali, Pasir Puteh. FOTO IHSAN PPM

Bot nelayan tersadai jadi stor sorok arak seludup RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Taktik licik sindiket menggunakan sebuah bot nelayan tersadai sebagai stor untuk menyimpan sebanyak 50 karton minuman keras bernilai RM1.5 juta termasuk cukai selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga menjalankan serbuan di Jeti Tok Penghulu, Sungai Semerak dekat Tok Bali di sini pada Khamis lalu.

Serbuan dijalankan PPM menerusi Op Taring Gelora, Op Taring Landai dan Op Kontraban kira-kira pukul 12.30 tengah malam selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan penyeludupan di kawasan tersebut.

Komander PPM Wilayah Tiga, Mohd. Khairuddin Jamal, berkata, pemeriksaan mendapati, bot yang dipercayai sudah tamat tempoh lesen dan tidak lagi menjalankan aktiviti perikanan itu dijadikan lokasi penyimpanan arak dengan anggaran 396 liter.

Katanya, kesemua minuman keras itu dilarang diimport mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 40-an yang mengaku sebagai penjaga lokasi berkenaan turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau permit sah untuk berada di negara ini.

“Kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63 sebelum dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN