fbpx
HARIMAU Malaya mungkin sukar untuk mengumpulkan pemain terbaik memandangkan aksi Piala AFF berlangsung di luar kalender FIFA.

Cheng Hoe jangkakan kesukaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI interim skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui berdepan cabaran getir untuk membentuk skuad terbaik dalam masa singkat menjelang kempen Piala AFF 2026 yang dijadual bermula pada 24 Julai depan.

Menurut Cheng Hoe, tugas tersebut bukan mudah memandangkan kejohanan itu berlangsung di luar kalendar FIFA sekali gus menyukarkan usaha mendapatkan pelepasan pemain daripada kelab masing-masing.

Cheng Hoe berkata, situasi dijangka bertambah sukar apabila sebahagian besar pemain masih bercuti selepas tamat saingan Liga Malaysia (Liga M) bulan lalu dan hanya kembali menjalani pramusim bulan depan.

“Saya bersyukur dan akan memikul tanggungjawab ini sebaik mungkin bagi memastikan pasukan berada di landasan yang betul.

“Cuma, masih ramai pemain berada dalam fasa berehat, manakala ada yang akan memulakan pramusim pada bulan depan. Jadi, saya berharap pemain yang dipilih bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Kami juga berharap pihak kelab dapat melepaskan pemain utama untuk menyertai latihan serta mengharungi perlawanan,” katanya.

Sebagai rekod, Cheng Hoe telah dilantik untuk memimpin skuad negara buat sementara waktu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Peter Cklamovski selepas pengendali dari Australia itu meletakkan jawatan, minggu lalu.

Mengulas lanjut, bekas pengendali Selangor FC itu turut enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi, sebaliknya memilih pendekatan lebih realistik dengan mengharapkan kemaraan ke separuh akhir.

“Kami akan fokus setiap perlawanan satu demi satu dan berusaha mendapatkan keputusan terbaik. Sasaran, seperti mana-mana pasukan lain, adalah untuk mara ke separuh akhir,” katanya.

Skuad negara yang diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Laos, Myanmar dan Filipina dijangka memulakan kem latihan pusat pada pertengahan Julai depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN