fbpx

Bakar rumah bekas isteri mahu berkahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi gambar menunjukkan seorang lelaki mmebakar sebuah kediaman. - Google

KAHERAH – Seorang lelaki di Mesir yang cemburu dan mahu membalas dendam kerana bekas isterinya mahu berkahwin dengan lelaki lain, bertindak membakar kediaman wanita itu sehari sebelum majlis perkahwinan mangsa, lapor akhbar Gulf News semalam.

Suspek yang berjaya ditahan polis mengaku melakukan perbuatan tersebut. Katanya, selain cemburu, dia bertindak demikian untuk membalas dendam kerana mangsa meninggalkannya lima tahun lalu.

Bekas isteri suspek yang juga merupakan sepupunya, meminta cerai melalui anak perempuan mereka selepas berlaku pertikaian dalam kedua-dua keluarga lima tahun lalu.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, pertengkaran sekali lagi berlaku dalam kalangan ahli keluarga suspek dan bekas isterinya di kampung Abu Tesht, utara negeri Qena, menyebabkan empat orang cedera.

Suspek kemudian pergi ke apartmen baharu bekas isterinya itu dan membakar kediaman tersebut.

Namun, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan suspek kemudiannya ditahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI