fbpx
Tangkap layar video Ustaz Rock berkongsi kisah seorang jemaah wanita tidak dapat menunaikan haji bersama anaknya yang telah meninggal dunia.

[VIDEO] ‘Kasut ni anak beli, tapi dia meninggal dulu sebelum pergi haji’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat seorang wanita untuk menunaikan haji bersama anaknya tidak kesampaian apabila zuriat kesayangannya ‘dijemput’ Ilahi sebelum dapat mengerjakan ibadah itu di Tanah Suci.

Kisah itu dikongsikan seorang pembimbing haji, Ustaz Mohd. Firdus Mohd. Salleh atau dikenali sebagai Ustaz Rock menerusi satu hantaran video pada TikTok.

“Tadi ada seorang jemaah, dia baru lepas habis tawaf, saja-saja lah tegur, ‘hajah, elok-elok pakai kasut, kasut tu lawa’. Dia kata, ‘kasut ni anak beli, anak patut pergi sama-sama, tapi anak meninggal dulu sebelum pergi haji ni’.
“Mak dapat pergi, anak meninggal dulu. Jadi mak ni dapat pakai hadiah arwah anak dia dan tak dapat pergi sekali. Mak dia kata, ‘sedih tak ada kawan’.

“Kawan-kawan dia ahli bilik mak cik tadi terus pegang, ‘eh tak, kita kawan-kawan, kita kawan sama-sama, jom sekali pergi saie’. Itulah Allah takdikan, Allah yang memampukan tak kira umur, kaya, miskin, semoga Allah panggil kita semua untuk tunaikan haji,” katanya pada video itu.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas yang mana rata-rata sebak dengan kisah jemaah tersebut selain ada juga berkongsi kisah hampir sama.

“Sedihnya, keseorangan mak dia. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan baik kat sana. Masya-Allah tabarakallah,” komen Xiella.

“Macam arwah adik aku, sepatutnya kitorang satu keluarga pergi haji. Dia teruja untuk kursus haji hari akhir tu. Tapi Allah lebih sayangkan arwah adik. Rezeki dia dapat buatkan badal haji untuk dia tahun yang sama kitorang pergi. Secara teknikalnya, kitorang pergi juga satu keluarga cuma dia punya badal,” komen pengguna TikTok Saaapika.

“Allah yang menentukan segala-galanya. Masing-masing ada banyak cerita sebelum pergi haji kan,” kata Norhannoa. – KOSMO! ONLINE

@firdausrock_urMoga Allah kurniakan rahmat dan syurga untuk arwah anak hajah

♬ original sound – firdausrock_

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN