fbpx
Anwar ketika menghadiri Sambutan Hari Pekerja 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

Elaun pasca bersalin dicadang, bantu wanita kekal dalam kerjaya – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) sebagai langkah memperkasakan penyertaan wanita dalam tenaga buruh, khususnya bagi mengekang trend pengunduran kerjaya dalam kalangan golongan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar penyertaan tenaga buruh wanita menunjukkan penurunan ketara apabila merosot daripada 78.9 peratus bagi kumpulan umur 25 hingga 29 tahun kepada 68.6 peratus bagi umur 35 hingga 39 tahun.

Menurut beliau, komitmen terhadap tanggungjawab keibuan dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada trend berkenaan.

“Sebagai langkah progresif ke hadapan, kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memperkenalkan EPCB di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja 2026 di sini hari ini.

Katanya, elaun tersebut merupakan bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari selepas tamat tempoh cuti bersalin sedia ada selama 98 hari.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif itu akan melibatkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800].

“Faedah ini dicadangkan pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan Orang Berinsurans (OB) wanita yang akan dibayar secara one-off (sekali gus),” jelasnya.

Tambah beliau, langkah proaktif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN