WASHINGTON – Harga minyak jatuh merudum selepas Iran mengumumkan membuka semula sepenuhnya Selat Hormuz kepada kapal-kapal komersial sepanjang tempoh gencatan senjata dalam perang antara Amerika Syarikat -Israel terhadap Iran.
Harga satu tong minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent jatuh kepada AS$88 (RM347) selepas pengumuman tersebut, berbanding melebihi AS$98 (RM387) setong awal semalam.
Selat Hormuz merupakan laluan air sempit di selatan Iran di mana satu perlima bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia biasanya diangkut melaluinya.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyambut baik kenyataan daripada Iran tersebut, namun kumpulan maritim masih dalam proses mengesahkan perkara berkenaan. – AGENSI














