fbpx
STONES mengakhiri karier satu dekadnya di City apabila sah meninggalkan pasukan itu musim panas nanti. - AFP

EPL: Stones ikut jejak langkah Silva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester City, John Stones bakal mengikut jejak ketua pasukannya, Bernardo Silva untuk menutup kariernya di Etihad dan berhijrah ke kelab baharu musim panas nanti.

Stones yang menyertai City dari Everton pada 2016 mengesahkan bakal menamatkan kariernya bersama The Citizens pada hujung musim ini selepas melakukan 293 penampilan dan meledak 19 gol serta sembilan umpanan jaringan.

Bersama City, pemain antarabangsa England itu berjaya merangkul 19 gelaran termasuk enam gelaran Liga Perdana Inggeris serta menjulang trofi Liga Juara-Juara pada musim 2022/23.

“City adalah ‘rumah’ saya sejak 10 tahun lalu dan akan terus kekal menjadi rumah saya. Di sini saya mengharungi pelbagai detik suka dan duka. Saya tiba di sini ketika masih remaja dan meninggalkan kelab ini sebagai seorang lelaki.

“Saya mengecapi segala-galanya di sini, sebagai seorang pemain dan sebagai seorang suami serta bapa. Kelab ini telah menyempurnakan segala impian saya sebagai pemain bola sepak.

“Ketika saya memulakan karier, saya tidak pernah terbayang untuk mendapatkan apa yang saya raih ketika ini. Di sini bukan sahaja tempat untuk meraih segala kemasyhuran, tetapi semangat kekeluargaan itu cukup menebal,” katanya.

Stones muncul tonggak penting City ketika mereka meraih gelaran trebel pada 2022/23 ketika menjulang gelaran Eropah berkenaan, namun siri kecederaan yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengehadkan prestasinya.

Musim ini menyaksikan Stones membuat penampilan terakhir dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama skuad kendalian Pep Guardiola itu pada hujung Oktober tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN