fbpx

Klopp dikaitkan sebagai pengganti Koeman di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP menjadi nama terbaharu dikaitkan bakal dilantik menggantikan Koeman di Barcelona selepas prestasi mengecewakan skuad The Catalan yang tewas 1-2 kepada Real pada aksi El Clasico. – AFP

BARCELONA – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menjadi nama terbaharu dikaitkan bakal dilantik menggantikan Ronald Koeman susulan prestasi mengecewakan ketua jurulatih Barcelona itu ketika ini.

Ia bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasikan meman­dangkan Klopp, 54, masih mempunyai kontrak dengan The Reds sehingga 2024.

Pada masa sama, pengendali dari Jerman itu pernah mendedahkan keinginannya pada Ogos tahun lalu bahawa beliau mahu berehat untuk tempoh 12 bulan dan tidak menolak kemungkinan mengenai persaraan apabila tamat kontrak dengan Liverpool nanti.

Bagaimanapun, Koeman enggan terpengaruh dengan khabar angin itu, sebaliknya mahu menikmati tempoh masanya bersama kelab itu selepas berdepan tekanan tinggi susulan kekalahan kepada Real Madrid dalam aksi El Clasico baru-baru ini.

Para penyokong tegar The Catalan tidak dapat menerima kekalahan 1-2 kepada seteru tradisi Real, lebih-lebih lagi ia diraih di laman sendiri, Stadium Camp Nou yang menyaksikan mereka kini menduduki tangga kesembilan La Liga.

Ia dapat dilihat apabila mereka mencetuskan insiden kurang senang dan bertindak mengerumuni kereta Koeman ketika pengendali dari Belanda itu mahu meninggalkan stadium selepas tamat perlawanan tersebut.

“Saya mahu menikmati masa-masa yang saya ada di sini. Tidak kiralah sama ada lapan tahun, enam bulan, satu tahun atau beberapa minggu sahaja lagi.

“Sekarang adalah fasa untuk kami memikirkan cara untuk bangkit, bukannya duduk meratapi kekalahan lalu,” kata Koeman.

Keputusan ke atas Real adalah kekalahan keempat berturut-turut Barcelona di tangan musuh tradisi itu dalam pertembungan El Clasico antara kedua-dua pa­sukan sejak 1 Mac 2020.

Sebagai rekod, beberapa nama seperti Xavi Hernandez, Andrea Pirlo, Roberto Martinez dan Erik ten Hag turut dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI