fbpx

Nelayan jatuh ketika cuci muka ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan bomba semalam.

SABAK BERNAM – Kehilangan seorang nelayan yang terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar di sini terungkai apabila mayatnya ditemui malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemui bomba dan orang awam pukul 11.45 malam.

“Mayat berkenaan berada pada jarak kira-kira tiga meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mangsa dipercayai terjatuh di kedalaman dua meter sebelum ditemui di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Hafisham berkata, operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar, di sini petang semalam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI