Kes strok haba ketika melakukan aktiviti luar dilihat semakin membimbangkan apabila sebanyak 56 kes direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara setakat awal bulan ini. Daripada jumlah itu, sebanyak dua kes kematian direkodkan ekoran cuaca panas. Analisis KKM menunjukkan sebanyak 58 peratus kes penyakit berkaitan haba berlaku ketika individu tersebut sedang melakukan aktiviti fizikal. Lebih membimbangkan, hampir separuh daripada kes tersebut melibatkan aktiviti sukan dan olahraga seperti merentas desa, latihan sukan atau acara larian maraton. Keadaan itu menunjukkan aktiviti sedemikian…














