fbpx

Mengaku terima upah RM100 hantar ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Embun, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Seorang lelaki mengaku menerima upah sebanyak RM100 sehari sebagai upah untuk menghantar air ketum semasa dia ditahan polis dalam serbuan di Kampung Padang Embun, di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 7.30 petang itu, polis merampas sebanyak 357 liter air ketum dan daun ketum seberat 180 kilogram yang dianggarkan bernilai RM8,970.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan semasa berada di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di hadapan rumah tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan suspek tidak menjumpai barangan salah.

“Bagaimanapun, pemeriksaan di dalam kereta itu telah menjumpai air ketum sebanyak 357 liter dan daun ketum seberat 180 kilogram.

“Suspek mengaku air dan daun ketum itu miliknya dan mendapatkan semua bekalan itu daripada seorang lelaki Siam yang dikenali sebagai Tan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, suspek turut mendedahkan dia mendapat upah sebanyak RM100 sehari daripada lelaki sama untuk menghantar air ketum.

Ujarnya, ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI