fbpx

Hulu Selangor bertukar status Majlis Perbandaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Logo baharu MPHS

SHAH ALAM – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengorak langkah menjadi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) selepas perakuan status baharu itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, penaiktarafan status perbandaran di Hulu Selangor itu bakal membawa dimensi baharu dalam sistem tadbir urus kerajaan tempatan.

Katanya, ini seterusnya membolehkan potensi pelaburan lebih tinggi bagi melonjakkan sektor pelancongan dan industri setempat.

“Hulu Selangor akan ditadbir sebagai sebuah perbandaran dengan sistem penyampaian yang setara termasuk pembangunan infrastruktur lengkap, mampan dan berdaya tahan.Penaiktarafan sebagai perbandaran ini juga akan meningkatkan harapan dan jangkaan pelbagai pihak.

“Justeru, semua warga kerja harus menangani cabaran mendatang dan menggembleng usaha bagi memantapkan kualiti perkhidmatan buat rakyat,” katanya ketika berucap sewaktu majlis menjunjung titah Sultan Selangor bagi pengisytiharan MPHS yang berlangsung secara dalam talian hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI