fbpx

Elfira Loy hamil anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elfira dan suami bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan cahaya mata keduanya semalam.

Elfira menerusi Instagram turut memuat naik sebuah hantaran foto yang memaparkan dirinya sedang memegang belon dengan ayat ‘baby 2 is coming’.

“Buat ahli keluarga dan rakan-rakan yang saya sayangi. Bolehkah anda membaca berita baik ini? Hehe,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen tanpa mendedahkan usia kandungannya ketika ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan tahniah beserta doa atas kehamilan anak keduanya itu.

“Masya-Allah. Alhamdulillah. Tahniah El dan keluarga!” komen penyanyi Ernie Zakri yang juga sedang berbadan dua.

Terdahulu, segelintir pengikut sudah boleh menghidu tentang kehamilan Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, penangan ‘baby bump’ yang kelihatan menerusi beberapa hantaran ketika percutianya di Pulau Langkawi sebelum ini.

“Sudah dapat agak dan hidu. Masa dekat Langkawi hari itu nampak ‘baby bump’. Tahniah El. Jaga kandungan baik-baik,” tulis pengikut.

Untuk rekod, Elfira mendiirkan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera bernama Muhammad Rayyan Khalaf, 2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI