fbpx

Remaja diberkas polis kerana bawa pistol Lego

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pistol yang dibawa oleh remaja berkenaan rupa-rupanya adalah pistol permainan Lego. - YouTube

LINDAU, JERMAN – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis kerana membawa sepucuk pistol permainan Lego di tepi jalan di bandar Lindau, Jerman, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pemilik restoran menyangka pistol permainan Lego yang dipegang remaja berkenaan adalah senjata sebenar.

Seorang saksi kemudiannya menghubungi polis apabila terlihat remaja itu yang mengenakan pakaian celoreng berlari-lari di tepi jalan sambil memegang ‘pistol’ tersebut.

“Sudah tentu kami terus bergegas ke lokasi kejadian,” kata seorang pegawai polis kepada akhbar Lindauer Zeitung.

Menurut laporan media tempatan, beberapa kenderaan peronda dan polis persekutuan turut cuba menghentikan remaja tersebut.

Agensi berita Austria, APA kemudiannya melaporkan bahawa remaja yang tidak dinamakan itu telah ditahan untuk siasatan lanjut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI