fbpx

Cubaan 12 PATI ceroboh negara gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
12 PATI diusir keluar setelah cuba masuki Sarawak melalui lorong tikus.

PETALING JAYA – Cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki Sarawak melalui jalan tikus di kawasan Tebedu pada awal pagi tidak berjaya apabila mereka ditahan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, 12 individu itu sedang berjalan kaki memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia sebelum dikesan sepasukan anggota yang melaksanakan serkap.

“Setelah ditahan dan disoal siasat, lima individu lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun, empat individu wanita berusia antara 34 hingga 39 tahun bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia antara 4 hingga 14 tahun disahkan sebagai PATI apabila mereka didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah selain menggunakan laluan haram untuk masuk mencari pekerjaan.

“Kesemua PATI diusir dan laporan Polis dibuat untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, impak pandemik Covid-19 menyebabkan kes-kes melibatkan PATI cuba masuk untuk mencari pekerjaan di Sarawak dilihat semakin meningkat.

“Pelbagai taktik dan kaedah digunakan PATI termasuk cuba masuk ke Malaysia termasuklah cubaan menyelinap diawal pagi namun berjaya digagalkan.

“Tentera Darat khususnya anggota-anggota yang bertugas di persempadanan Sarawak – Kalimantan Barat terus kekal siaga dan beriltizam mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI