fbpx
Keadaan kilang pemasangan motosikal elektrik yang musnah dalam kebakaran petang tadi. Foto IHSAN BOMBA

Kilang motosikal elektrik musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Sebuah kilang pemasangan motosikal elektrik di Jalan Industri 4, di sini musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.49 petang sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah kilang berkeluasan kira-kira 100 x 300 kaki persegi yang terbakar hampir keseluruhannya.

“Operasi pemadaman sedang dijalankan oleh anggota bomba melibatkan beberapa balai bantuan termasuk BBP Bukit Jelutong, Damansara, Selayang dan TTDI.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seramai 28 anggota bersama beberapa jentera, lori tangki air dan kenderaan sokongan dikerahkan ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN