MESKIPUN sudah lebih 25 tahun berlalu, namun masih segar dalam ingatan Shima (bukan nama sebenar) tentang bagaimana rumah tangga yang dibina dengan suami tercinta terlerai. Dia yang pada ketika itu berusia hujung 20-an mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya disebabkan hutang. Menurutnya, perkahwinan mereka musnah disebabkan sikap suaminya yang tamak dan ingin kaya dengan segera. “Dia (suami) terpengaruh dengan seorang bomoh yang mempunyai keupayaan tarik duit dari alam ghaib. “Akhirnya, dia ditipu dan mengalami kerugian hampir belasan ribu ringgit pada……














