fbpx
RONALDO mengumpul jaringan ke-115 dalam karier antarabangsa selepas meledak hatrik ketika menentang Luxembourg awal pagi semalam. – AFP

Ronaldo ledak hatrik ke-58 dalam karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALMANCIL – Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo terus menampilkan aksi cemerlang apabila meledak hatrik ketika membantu pasukan itu menewaskan Luxembourg 5-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Algarve awal pagi semalam.

Tiga gol yang dijaringkan pada perlawanan tersebut merupakan hatrik ke-58 dalam karier pemain berusia 36 tahun itu dengan dua gol lagi disumbangkan oleh Bruno Fernandes dan Joao Palhinha.

Menerusi kemenangan tersebut, Portugal juga semakin mencerahkan peluang untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 biarpun berada di kedudukan kedua Kumpulan A kerana masih kurang satu perlawanan berbanding pendahulu, Serbia.

“Satu kemenangan yang cukup penting bagi mengejar cita-cita pasukan. Kami semakin hampir untuk mencapai objektif yang diletakkan, malam yang cukup bermakna buat Portugal.

“Semua benda menjadi mudah apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri. Mereka menjadi tulang belakang pasukan sejak awal hingga tamat perlawanan, kami gembira dengan kehadiran mereka,” kata Ronaldo.

Pada masa sama, bintang Manchester United itu juga tekad untuk terus menjaringkan lebih banyak gol selepas melebarkan rekod kepada 115 jaringan di pentas antarabangsa sepanjang ­kariernya.

“Saya sudah berjanji sebelum ini untuk terus melakukan ja­ringan demi jaringan. Ia sudah berada dalam DNA saya untuk tidak mudah berpuas hati de­ngan pencapaian yang ada ketika ini,” ujarnya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN