fbpx

Betul, gajah boleh terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian oleh Facebook MMP menunjukkan dua keping gambar helikopter Tentera Udara India sekitar tahun 1970.

PETALING JAYA – Satu perkongsian menarik di laman sosial Facebook Malaysia Military Power (MMP) berkenaan satu ciptaan unik oleh pasukan Tentera Udara India satu ketika dulu menarik perhatian orang ramai.

Dua keping gambar yang dikongsi menyaksikan satu ciptaan helikopter oleh Unit 116 Tentera Udara India sebelum ini menyaksikan bentuk helikopter ibarat seekor gajah.

Jika dilihat kepada gambar lama tersebut, ternyata ciptaan unik itu ibarat seekor gajah yang boleh terbang di udara.

“Dulu-dulu kan orang dah cakap..” kalau sembang gajah pun boleh terbang” jadi benarlah keadaan ini, betul-betul pelik design helikoter ni,” kata Mat Jennny.

“Memang negara dia tu pun banyak gajah, gajah sebagai binatang suci di sana. Tidak mustahil kerajaan dia buat bentuk gajah. Tapi pelik tengok gajah terbang,” kata Mohammad Namaku.

Untuk sejarah, 40 tahun sebelum ini sekitar tahun 1970-an, pasukan Tentera Udara India mempamerkan satu ciptaan unik helikopter berbentu seekor gajah.

Helikopter tersebut dipamer pada Hari Republik India dan dikepalai oleh komander udara, Birji Mohan Datta yang berjaya mengubahsuai helikopter tersebut kepada bentuk seekor gajah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI