fbpx
Valtteri Bottas berjaya menamatkan penantian untuk bergelar juara selepas mendominasi GP Turki di Istanbul sebentar tadi. - Foto oleh Twitter Mercedes-AMG Petronas

Bottas juara GP Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Pelumba Mercedes, Valtteri Bottas mempamerkan pemanduan bertenaga untuk meraih kejuaraan Grand Prix (GP) pertama pada saingan Formula Satu (F1) musim ini selepas menjuarai GP Turki sebentar tadi.

Pada aksi Litar Antarabangsa Istanbul itu, Bottas tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kedudukan pendahulu selepas memulakan perlumbaan di petak pertama sekali gus mendominasi sepenuhnya perlumbaan sebanyak 58 pusingan itu.

Kata Bottas, sudah lama dirinya menantikan detik muncul juara pada saingan musim ini selepas gagal mempamerkan aksi konsisten bersama jentera seperti yang diharapkan.

“Ini adalah perlumbaan terbaik yang pernah saya lalui kerana bukan mudah untuk menang perlumbaan GP selepas sekian lama mengalami kemarau kejuaraan.

“Namun, saya yakin dengan kebolehan peribadi selain kekuatan jentera yang begitu stabil sepanjang perlumbaan ini dan pujian wajar diberikan kepada pasukan yang memberi kepercayaan penuh buat saya kali ini,” katanya.

Sementara itu, pelumba Red Bull, Max Verstappen merampas kedudukan pendahulu keseluruhan dengan kelebihan enam mata selepas menduduki tangga kedua manakala pencabar utama dari Mercedes, Lewis Hamilton hanya menamatkan saingan di tempat kelima.

Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez melengkapkan kedudukan podium selepas menamatkan saingan di tempat ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN