fbpx

Tidak boleh sembelih kerana ayam haiwan ‘manja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayam amat manja dan memiliki personaliti sama seperti kucing dan anjing. -Getty Images

LONDON – Sebuah badan kebajikan haiwan memberi amaran bahawa sebanyak 46 ekor ayam betina berisiko disembelih sekiranya ia tidak dijadikan sebagai haiwan peliharaan, lapor laman Mirror UK kelmarin.

Amanah Kebajikan Ayam Betina British (BHWT) menyifatkan ayam sebagai haiwan yang ‘manja’ dan merupakan haiwan domestik keempat paling popular di Britain.

“Haiwan ini jarang difikirkan sebagai haiwan peliharaan, namun ia juga memiliki personaliti seperti kucing dan anjing.

“Ia akan mengekori anda ke mana sahaja anda pergi, bermain dengan anda dan memeluk anda. Ayam juga sangat manja,” kata pengasas BHWT, Jane Howorth.

Tambah Howorth, pihaknya sering mendapat maklum balas bahawa mereka yang menyimpan ayam sebagai haiwan peliharaan amat menyayanginya.

“Anda juga tidak memerlukan laman yang besar atau tinggal di dalam ladang untuk memelihara ayam.

“Anda hanya memerlukan satu kawasan yang selamat untuk ayam-ayam ini,” katanya.

Badan kebajikan itu berkata ia telah menyelamatkan lebih 60,000 ayam betina setiap tahun dan sejumlah 850,000 ekor ayam itu telah diselamatkan sejak 2005. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI