fbpx

Arul puji aksi Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUL (tengah) bercakap sesuatu kepada anak-anak buahnya ketika skuad hoki kebangsaan menentang Kelab Hoki Old Georgians di St. Georges College kelmarin. – MHC

KETUA jurulatih skuad hoki kebangsaan, Arul Selvaraj menganggap keputusan 2-2 dengan Kelab Hoki Old Georgians di St. Georges College suatu sebagai permulaan baik pasukannya pada Siri Jelajah United Kingdom.

Ia aksi pertama buat Malaysian Tigers selepas empat setengah bulan tanpa sebarang latihan dan bertemu lawan yang mempunyai ramai pemain skuad kebangsaan Britain.

“Persembahan yang diberikan setakat ini amat bagus walaupun bertemu pasukan kelab tetapi mereka membariskan 11 pemain kebangsaan Britain. Ini merupakan perlawanan yang berkualiti.

“Lawan mendapat lima pukulan sudut penalti berbanding kami meraih hanya dua. Selepas sekian lama tanpa perlawanan, ia adalah permulaan yang baik de­ngan keputusan seri 2-2 ini adalah bagus,” kata Arul.

Skuad negara yang menghuni ranking ke-11 dunia, meraih dua gol jaringan padang menerusi Muhammad Najib Abu Hassan dan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Shahril Saabah masing-masing pada minit ke-13 serta 41.

Hasrat meraih kemenangan pada aksi pertama siri jelajah tidak kesampaian apabila pasukan daripada saingan Liga Hoki England itu bangkit menyamakan kedudukan dengan dua gol padang Tom Carson dan pada minit ke-44 dan 58.

Malaysian Tigers akan meneruskan aksi persahabatan kedua menentang Surbiton HC di Surbiton Club awal pagi esok sebelum menghadapi dua lagi perlawanan bertemu Hampstead & Westminster HC keesokannya dan Beeston HC pada 2 Oktober.

Kemudian, skuad negara akan bertemu Ireland (5 dan 6 Oktober), Wales (9 dan 12 Oktober) sebelum melengkapkan Siri Jelajah United Kingdom menentang Perancis pada 15 dan 18 Oktober depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI