fbpx

Piring hitam, kaset lama jadi koleksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDULLAHROS menunjukkan piring hitam lama yang disimpan di rumahnya di Taman Mawar, Jelebu. – NOR AINNA HAMZAH

JELEBU – Minat serta sokongan daripada ahli keluarga mendorong seorang penjawat awam mengumpul pelbagai koleksi barang lama dan antik bernilai tinggi di rumahnya di Taman Mawar, Titi di sini.

Abdullahros Mohd., 48, berkata, sehingga kini dia mempunyai lebih 1,000 koleksi barang lama pelbagai jenis termasuk sebuah alat pemain piring hitam yang popular pada tahun 40-an hasil pemberian datuknya, Talib Alias.

Katanya, kebanyakan koleksi itu dikumpulnya sejak dari bangku sekolah selain hasil pemberian keluarga serta rakan-rakan.

“Lebih menggembirakan apabila isteri, Roslaily Omar, 46, turut menyokong minat saya. Jadi, mudahlah untuk saya pamerkan kesemua barangan ini untuk tatapan setiap hari.

“Selain pemain piring hitam ini, saya turut miliki 12 keping pi­ring hitam lagu-lagu klasik Melayu seperti Nelayan, Rasa Sa­yang dan Malam Yang Permai yang mana ada di antaranya me­rupakan jenama Cap Ayam.

“Saya juga miliki satu katrij penyanyi Tina Charles dan lebih 63 kaset seawal tahun 70-an. Kaset asli ini dahulunya saya beli pada harga RM18 dan kini ada peminat yang sanggup membeli pada harga RM200 seunit,” katanya di sini kelmarin.

ANTARA koleksi kamera dan telefon bimbit lama yang dipamerkan di ruang tamu rumah Abdullahros.

Abdullahros berkata, selain koleksi berkenaan, dia turut menyimpan koleksi televisyen lama, radio lama mini Compo serta duit kertas serta siling lama.

Menurutnya, ada antara peminat duit syiling lama yang menawarkan RM100 untuk membeli sekeping syiling 50 sen dengan sisi bergaris.

“Koleksi duit RM2 yang merupakan keluaran terhad turut saya miliki dan ada yang mahu membelinya pada harga ratusan ringgit,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI