fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan Muhammad Nadir di media sosial, hari ini.

GSF 2.0: ‘Pertama kali dalam sejarah armada kemanusiaan buat aksi begini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Operasi protes 19 buah bot Global Sumud Flotilla (GSF) terhadap kapal kontena MSC Maya yang sedang menuju ke Pelabuhan Ashdod, Israel, semalam adalah aksi pertama kali dalam sejarah armada kemanusiaan.

Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, operasi yang dinamakan Ops Maya itu adalah permulaan kepada kebangkitan yang menggabungkan tindakan di laut dan darat.

Beliau berkata, Ops Maya memberikan kita pendidikan dan maklumat berkenaan dengan penggunaan Laut Mediterranean ini sebagai laluan utama barangan dibawa ke Isreal yang bukan barangan pengguna semata-mata.

“Ia juga membawa senjata, bahan binaan, besi yang digunakan untuk senjata dan juga untuk menghasilkan penempatan baru dalam bumi Palestin yang dijajah.

“Jadi hari ni kita keluar untuk membuktikan bahawa lautan ini bukan milik sesiapa, tetapi adalah milik bersama dan ia tidak boleh digunakan untuk melaksanakan genosid, menghapuskan atau menjajah mana-mana negara,” katanya menerusi media sosial, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kesemua 19 buah bot GSF mengambil masa selama dua jam untuk mengejar sebuah kapal yang membawa peralatan berkaitan keperluan tentera Israel, semalam.

Menerusi perkongsian sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad, tugasan itu dilakukan selepas misi tersebut mendapat maklumat mengenai kapal berkenaan yang sedang melintasi Laut Mediteranean.

Beliau berkata, ia dilaksanakan dengan kepungan dan taktik melintasi kapal, disertakan tiupan hon udara serta kibaran bendera Palestin sebagai tanda protes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN