fbpx
JETI merangkap rumah tekong, amat memudahkan pergerakan kami.

Jumpa lubuk sotong ‘sombong’ di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMI tiba di lokasi pertama tepat pukul 7.30 malam setelah berlepas dari jeti merangkap rumah tekong Che Mat. 

Sebaik candat dihulurkan, masing-masing di atas bot bergasak sotong, ada saiz yang kasar dan banyak saiz kecil. 

Ada juga yang dapat sotong mengabang yang turut menyelit di antara kumpulan sotong cumit dan jarum. 

Ramai juga yang kena double strike. Pendek kata, hasil tangkapan sotong pada awal malam itu sangat memberangsangkan. 

Namun menjelang tengah malam, sotong mula menyepi hingga tekong berpindah lokasi. 

Setiba di lubuk baharu, kelihatan sudah ada enam buah bot lain berlabuh, suasana laut menjadi terang-benderang hasil lampu sorot semua bot yang ada di situ. 

 

SOTONG pertama yang dinaikkan pada trip ini.

Sotong ‘sombong’

Ketika itu, kami menyaksikan begitu banyak sotong cumit bermain di permukaan air, namun tiada seekor pun yang sudi membaham candat dihulurkan, biarpun sudah bertukar-tukar jenis, warna dan saiz candat. 

Geram dengan kumpulan sotong yang buat tidak endah itu, ada menyembat mata tiga dan dapatlah beberapa ekor sotong. Tekong 

pula menggunakan tangguk panjang cuba juga menyauk, tetapi sotong terlalu pantas. Dia hanya dapat dalam 20 ekor atas usahanya itu.

Malam semakin lewat, sotong banyak di permukaan air, tetapi terlalu ‘sombong’. Hujan renyai turun, dan dalam suasana sejuk, ramai yang ‘tertewas’ di tempat pembaringan. 

BERGAMBAR kenangan sebelum memulakan trip.

Saya cuba melabuhkan umpan seekor sotong segar mengharapkan ada ikan saiz kasar di bawah kawanan sotong itu, namun hanya ikan kecil menggetu umpan. 

Menjalang awal pagi, bot berpindah lokasi dan tekong menyarankan supaya kami memancing guna apollo untuk mencari ikan dibawa balik memandangkan hasil sotong tidak sebanyak mana. 

Kami berlabuh di ‘rumah’ ikan kerisi dan berjaya memenuhkan 

tong ikan masing-masing dengan spesies ikan yang bercampur-campur. 

Tepat pukul 11 pagi, bot bergerak pulang dan tiba ke jeti dua jam selepas itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN