fbpx
ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng dan Ayer Hitam melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran pejabat MCA Yong Peng di Jalan Niipah, Yong Peng di Batu Pahat malam tadi.

Pejabat MCA Yong Peng musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Pejabat MCA Yong Peng musnah dijilat api dalam kejadian Jalan Nipah, Yong Peng disini malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan (PBK) İİ Muhammad Amier Syah Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 8.28 malam.

Katanya, susulan daripada kejadian itu, 14 anggota bersama dua buah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi.

Jelasnya, pasukannya hanya mengambil masa dua minit untuk sampai ke lokasi kebakaran berikutan kedudukan balai hanya satu kilometer sebelum mendapati benar kejadian yang dilaporkan.

“Pejabat dengan keluasan kira-kira 100 X 70 X 20 kaki itu musnah 80 peratus sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pasa pukul 9.56 malam.

“Pemeriksaan dikawasan kejadian mendapati tiada mangsa terlibat dan siasatan punca kejadian akan dilakukan,”katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN