fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat bakal melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 6 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Terengganu, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

“Bagi negeri Kedah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan melibatkan kawasan Machang dan Kuala Krai manakala bagi kawasan terjejas di Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya hari ini.

Tambahnya, kawasan yang terlibat di Selangor ialah di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling serta Hulu Langat.

“Bagi Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, manakala satu kawasan di dua negeri iaitu di Melaka di Alor Gajah dan Johor di Kota Tinggi.

“Di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Samarahan, Miri (marudi) dan Limbang manakala di Sabah pula di Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Beluran) serta Kudat (Kota Marudu),” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI