fbpx
MUHYIDDIN dan isteri, NOORAINEE selesai membuang undi SMK Seri Muar, Johor pada pukul 10.05 pagi tadi.

PRN Johor: Hujan lebat di Muar, Muhyiddin harap lebih 70 peratus keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Hujan lebat yang melanda daerah ini sejak awal pagi tadi dijangka memberi kesan terhadap peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor cuaca itu bagaimanapun hanya memberi sedikit kesan terhadap jumlah keluar mengundi berikutan semangat rakyat untuk pulang dan menunaikan tanggungjawab dilihat masih tinggi.

Menurutnya, beliau optimis jumlah itu mampu melebihi 70 peratus berdasarkan kesesakan lalu lintas yang berlaku sejak semalam.

“Saya tak tahu hujan ini daripada pagi sampai lewat petang ke, maksud saya ini akan beri kesan sikit daripada ratusan keluar mengundi.

“Tapi kalau saya lihat semangat, semalam pun trafik jam, maknanya ramai yang balik. Saya pergi makan sarapan pagi di kedai restoran tadi, ramai yang kata balik daripada Kuala Lumpur nak mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muar, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau berharap hujan yang melanda beberapa kawasan pada sebelah pagi akan reda supaya proses pengundian berjalan lancar dan lebih ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Jadi kalau ikut pandangan saya, kemungkinan peratusannya, walaupun hujan sikit, diharap akan berhenti, mungkin ratusan tu agak tinggi jugalah. Tak kurang daripada 70 peratus, itu harapan saya.

“Jadi saya menyeru pada semua yang masih belum keluar pagi-pagi ini walaupun hujan, untuk cepat keluar mengundi dan memberikan sokongan pada mana-mana calon yang menjadi pilihan masing-masing,” ujarnya.

Terdahulu, Muhyiddin hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di SMK Seri Muar dalam keadaan hujan lebat.

Beliau tiba bersama isterinya, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman kira-kira pukul 9.50 pagi sebelum selesai membuang undi pada pukul 10.05 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN