fbpx

571 saman lalu lintas dikeluarkan kepada pesalah trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga daripada lima lelaki yang ditahan kerana melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 571 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi tiga operasi berbeza di sekitar ibu negara dalam tempoh tiga hari bermula kelmarin.

Sebanyak 22 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, operasi bermula pukul 9 malam hingga jam 4 pagi itu dijalankan disekitar pusat bandar, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Bangsar dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Dua lelaki yang ditahan bersama dadah jenis syabu 1.7 gram menerusi operasi kelmarin.

“Menerusi operasi motosikal di Jalan Pahang kelmarin, pihak JSPT telah memberkas dua lelaki berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun serta merampas dadah jenis syabu 1.7 gram.

“Kedua-dua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan akan dituduh di bawah Seksyen 12(2)(e) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan di bawah 15(1)(a) ADB 1952 kerana positif dadah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam operasi pelbagai pula, JSPT telah menangkap 11 lelaki yang berumur dalam lingkungan 23 tahun hingga 66 tahun di bawah Sekyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Bagi Ops Samseng Jalanan yang diadakan di Lebuhraya Duke dan di Jalan Bangsar, lima lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dengan melakukan aksi zig zag, roket, superman serta bersaing turut ditahan.

“Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 14 hingga 21 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh dibawah Seksyen 42(1) 1987 APJ kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI