fbpx

Pingat tak cukup rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemain import Negeri Sembilan FC ditenangkan oleh rakan pasukan.

PETALING JAYA – Dalam kegembiraan pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC menempa nama selaku juara Liga Primier 2021 malam Selasa lalu, rupanya ada kisah duka yang berlaku.

Satu perkongsian di laman Facebook Cakap Sukan yang memaparkan satu video berdurasi 39 saat menyaksikan beberapa pemain pasukan Hobeng Jang Hobeng itu merajuk selepas upacara pembahagian piala Liga Primier 2021.

Menurut video tersebut, kejadian berlaku disebabkan oleh pingat yang sepatutnya diberikan kepada para pemain Negeri Sembilan FC itu tidak mencukupi.

Dikatakan separuh pingat yang sepatutnya diberikan kepada semua pemain pasukan itu dibawa ke Stadium Larkin, Johor kerana pada malam tersebut satu lagi perlawanan membabitkan JDT II dan Sarawak United berlangsung.

Sarawak United juga memburu kejuaraan tersebut namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila tewas di tangan JDT II dan menobatkan Negeri Sembilan FC sebagai juara.

Dapat dilihat melalui video tersebut, ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan memanggil salah seorang pemain importnya yang merajuk dengan keadaan tersebut.

Rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan cara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganjurkan majlis tersebut.

Ada yang tidak bersetuju dengan cara itu dan sepatutnya buat sahaja pingat replika terlebih dahulu untuk memberi semangat dan sebagai pengikhtirafan kepada pemain.

“Mutu bola sepak negara macam ni, bukan setahun dua liga di Malaysia ni ada, tak kan benda macam tu tak dapat diuruskan dengan baik.

“Sukan sekolah pun ada ‘backup’ macam-macam sebelum hari penyampaian hadiah, ini memang benda kecil tapi yang kecil inilah yang mencacatkan suasana. Ramai-ramai jawatankuasa tak ambil tahu ke benda macam ni?” soal mudahkan segala urusan Syamsir. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI