fbpx
ANTARA pemimpin parti, ADUN serta Ahli Parlimen PH yang menyertai mesyuarat seperti dikongsikan Kee Chin di media sosialnya.

Mesyuarat bincang kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH – Setiausaha DAP N9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, di sini, pagi tadi adalah bagi membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya parti berkenaan untuk Pilihanraya Negeri yang bakal menjelang.

Butiran mesyuarat berkenaan didedahkan oleh Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dalam satu hantaran di media sosial rasminya sebentar tadi.

Menurut Kee Chin yang juga Ahli Parlimen Rasah itu, mesyuarat berkenaan juga bukan lah mesyuarat khas seperti yang dikongsikan sebelum ini.

“Ia adalah mesyuarat biasa, bukan mesyuarat khas, ia dinamakan tergempar kerana notis singkat, selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor petang semalam.

“Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni dengan semangat keluarga Pakatan Harapan Negeri Sembilan. Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Negeri yang bakal menjelang. Itu saja,” kongsinya, hari ini.

Ujar beliau lagi, mesyuarat Majlis Pimpinan PH Negeri Sembilan bersama dengan ADUN Pakatan Harapan itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan.

Terdahulu, media melaporkan kehadiran ramai pemimpin parti serta ADUN PH dalam satu mesyuarat khas di kediaman rasmi Menteri Besar bermula 9.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN