fbpx

Bukan Islam tapi Amanda Manopo nak bina masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMANDA MANOPO

BIARPUN bergelar seorang penganut Kristian, pelakon cantik seberang, Amanda Manopo baru-baru ini ada meluahkan hasrat hatinya untuk membina sebuah masjid.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu muat naik dalam Instagramnya.

Dalam hantaran tersebut, dia meminta bantuan pengikutnya untuk memberi cadangan lokasi yang sesuai untuk membina rumah ibadah bagi peminat yang beragama Islam.

“Bismillahirrahmanirrahim. Atas izin Allah SWT dan segala rezeki yang diberikan, saya bercadang untuk membina sebuah masjid.

“Jika anda mempunyai cadangan di wilayah atau daerah yang dirasakan sesuai, anda boleh berkongsi dengan saya,” katanya.

Selebriti yang memiliki sejumlah 14.6 juta pengikut dalam Instagram itu juga berkongsi nombor pasukannya untuk dihubungi.

Niat murni bekas kekasih Billy Syahputra itu lantas mendapat perhatian pengikutnya. Sikap tersebut tambah menuai pujian memandangkan Amanda bukanlah orang Islam.

Tidak hanya mahu membina masjid, sejak akhir-akhir ini, pelakon yang pernah membintangi filem Surat Cinta Untuk Starla itu juga dilihat sering tampil dengan imej berhijab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI