fbpx

Kesilapan sendiri punca United kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO gagal membantu United walaupun berjaya menjaringkan satu gol di Stade de Suisse awal pagi semalam. – AFP

BERN, Switzerland – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mempertahankan keputusannya mengeluarkan dua bintang, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes ketika tewas mengejut 1-2 kepada Young Boys pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

The Red Devils tidak bernasib baik apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Aaron Wan-Bissaka dilayangkan kad merah pada minit ke-35 dalam aksi di Stade de Suisse itu.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Young Boys yang bangkit daripada ketinggalan satu gol kepada United hasil jaringan Ronaldo, untuk meraih kemenangan 2-1 menerusi jari­ngan Moumi Ngamaleu dan Theo­son Siebatcheu.

Solskjaer terpaksa membuat perubahan taktikal selepas bermain dengan 10 pemain menyebabkan Ronaldo dan Fernandes digantikan oleh Nemanja Matic serta Jesse Lingard.

“Kami berpuas hati apabila keputusan terikat 1-1 pada minit ke-70. Saya buat keputusan memasukkan Matic dan Lingard supaya pasukan lebih stabil bertahan mahupun ketika melakukan serangan balas pantas.

“Ronaldo dan Fernandes juga perlu diberikan rehat kerana mereka kelihatan agak keletihan selepas mengharungi dua perlawanan pada Sabtu lepas dan hari ini (awal pagi semalam),” kata pengendali dari Norway itu.

Sementara itu, kapten United, Harry Maguire mempertahankan kesilapan daripada Lingard yang tersalah melakukan hantaran kepada Siebatcheu sekali gus membolehkan penye­rang itu meledak gol kemenangan Young Boys pada hujung perlawanan.

“Tiada mana-mana pemain mahu melakukan kesilapan se­perti itu. Saya percaya Lingard akan belajar daripada situasi ini, begitu juga dengan Wan-Bissaka supaya mereka dapat tampil le­bih berdisiplin pada masa depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI