fbpx
Gambar hiasan.

JPJ beri layanan khas sebelum warga emas mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA –  Warga emas yang didapati meninggal dunia di kerusi ruang menunggu kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor telah diberikan layanan khas untuk berurusan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, melalui layanan khas itu, warga emas berkenaan tidak perlu beratur dan telah dibawa ke kerusi ruangan menunggu pelanggan sebelum dipanggil untuk melaksanakan urus niaga JPJ.

“Sebelum kejadian mangsa lelaki berbangsa India, yang berusia 76 tahun telah diambil suhu badan yang normal serta telah menunjukkan status MySejahtera dengan lengkap dua dos.

“Semasa di ruangan menunggu, mangsa dikatakan dengan tiba-tiba tidak sedarkan diri dan panggilan kecemasan (MERS 999) telah dibuat oleh Ketua Bahagian Pengurusan JPJ Cawangan Bangi,” jelas Ibu Pejabat JPJ menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, ambulans bersama pasukan paramedik telah tiba bagi tujuan memeriksa keadaan warga emas itu namun dia disahkan sudah meninggal dunia dan mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian yang berlaku ini dan menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan pihak Hospital Kajang. – K! ONLINE

POPULAR