fbpx

MoU kerajaan, PH dukung pemulihan ekonomi, KDNK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) yakin persefahaman politik yang baru dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan, semalam akan mendukung asas pemulihan ekonomi dan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 3.0 peratus hingga 4.0 peratus bagi tahun 2021

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya yakin kestabilan politik itu juga akan menyumbang kepada persekitaran yang lebih stabil dan kondusif untuk perkembangan sektor pelaburan, pasaran modal dan ekonomi negara.

Beliau berkata, padanan dengan kelonggaran mobiliti bagi rakyat yang telah lengkap divaksinasi, serta pembukaan banyak lagi sektor ekonomi termasuk pelancongan berkonsepkan gelembung perjalanan sekali gus persefahaman ini bakal menzahirkan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia pada Suku Keempat 2021 dan seterusnya tahun 2022.

“Secara keseluruhannya katanya, pelaksanaan pakej rangsangan, pembukaan semula ekonomi dan struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai telah berjaya mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 16.1 peratus bagi suku kedua 2020

“Kerajaan dan MOF telah berkali-kali mengulangi komitmen bahawa rakyat dan perniagaan yang memerlukan bantuan akan tetap disokong sebaik mungkin dan untuk itu had siling Kumpulan Wang Covid-19 (KWC) akan ditingkatkan jika perlu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI