fbpx
SFZ Forest City menawarkan persekitaran perniagaan yang lebih baik dan menjimatkan kos tanpa menjejaskan keterhubungan serantau.

SFZ Forest City pilihan pelabur global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Zon Kewa­ngan Khas (SFZ) Forest City, Johor berpotensi untuk melepasi sasaran pelaburan RM2 bilion tahun ini susulan sambutan mengga­lakkan yang diterima sejak kawasan itu diperkenalkan sebagai zon khas tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor, Natazha Harris berkata, sehingga kini, sebanyak 260 pertanyaan daripada pelabur yang berminat mengenai SFZ Forest City diterima Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) dengan 48 pertanyaan direkodkan pada tahun ini sehingga April.
Invest Johor adalah agensi promosi pelaburan utama kerajaan negeri Johor.

Menurut beliau, ia melibatkan sektor perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan dan firma pengurusan kekayaan ke­luarga tunggal dengan separuh daripadanya datang daripada pelabur domestik.

Buat masa ini, kebanyakan pelabur mengambil pendekatan jangka sederhana hingga panjang kerana skala dan kedudukan strategik SFZ Forest City berada dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Berdasarkan taklimat rasmi sebelum ini, IMFC-J menerima lebih 200 pertanyaan daripada pelabur yang berminat berkaitan SFZ Forest City sejak ia dilancarkan.

“Walaupun tidak semua pertanyaan tersebut diterjemahkan kepada pelaburan yang disahkan setakat ini, beberapa syarikat difahamkan kini berada pada peringkat akhir rundingan dan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

“Nilai potensi pelaburan yang sedang dibincangkan dianggarkan mencecah bilion ringgit, khususnya dalam sektor per­khidmatan kewangan, ekonomi digital, teknologi hijau dan perkhidmatan bernilai tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Natazha menerangkan, ba­nyak syarikat yang terlibat dalam teknologi kewangan (fintech), pengurusan kekayaan, perkhidmatan perniagaan serantau dan teknologi bandar pintar telah menunjukkan minat untuk me­neroka peluang di kawasan ber­kenaan.

Turut mendapat perhatian adalah tenaga boleh diperbaharui (RE), pengurusan karbon dan pembangunan bandar mampan yang mana pelabur global kini memberi penekanan yang lebih besar terhadap aspek alam sekitar, sosial dan tadbir Urus (ESG).

Beliau berkata, lokasi strategik Forest City yang berdekatan Singapura membolehkan kos operasi lebih kompetitif dan peluang memanfaatkan kedudukan Malaysia dalam ekosistem digital dan kewangan serantau menjadi antara faktor utama yang menarik minat pelabur.

Tambah beliau, pelabur kini menilai Forest City dalam konteks ekonomi yang lebih luas dan strategik, bukan lagi sekadar projek pembangunan hartanah.

Selain itu, beliau menerangkan, Invest Johor tidak melihat Forest City sebagai pesaing langsung kepada Singapura, Dubai atau Hong Kong sebagai hab kewangan sebaliknya menjadi pelengkap serantau yang menawarkan nilai dan kelebihan yang berbeza. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN